Friday, February 18, 2011

PENGGANDAAN KATA NAMA-


2. Bentuk kata ganda
Proses penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa..kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu;
(i)                  Penggandaan penuh.
(ii)                Penggandaan separa.
(iii)               Penggandaan  berentak.
2.1 Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Perhatikan contoh-contoh berikut:
(i)                  Penggandaan penuh kata tunggal:
meja-meja
ayat-ayat
buku-buku
tadika-tadika
rumah-rumah
budak-budak
sekolah-sekolah
cerpen-cerpen

(ii)                Penggandaan penuh kata berimbuhan
(a)    dengan awalan:
pemimpin-pemimpin
pembesar-pembesar
pelatih-pelatih
kekasih-kekasih
ketua-ktua
pekedai-pekedai

(b)   dengan akhiran:
amalan-amalan
dapatan-dapatan
jualan-jualan
ajaran-ajaran

(c)    Dengan apitan:
persatuan-persatuan
kementerian-kementerian
permainan-permainan
pertandingan-pertandingan


2.2 Penggandaan separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contohnya:
(i)                  Penggandaan separa kata tunggal:
lelaki
pepohon
gegelang
tetikus
sesiku

(ii)                Penggandaan separa kata imbuhan
(a)    dengan awalan

kata kerja:
ber-       : berlari-lari, berkata-kata,berbisik-bisik;
ter-        : tersenyum-senyum, teresak-esak, tercengang-cengang;
di-          : ditanya-tanya, dirisik-risik, dimarah-marah;
men       :  - mencari-cari, meronta-ronta, merayu-rayu;
              - cari-mencari, bantu-membantu, tolong-menolong;
                              kata adjektif:
                              se-         : sepandai-pandai, sebaik-sebaik, setinggi-tinggi;
(b)   dengan akhiran
kata nama:
-an            : sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan;

kata kerja:
-kan          : risik-risikkan, doakan-doakan, tanya-tanyakan;
-i            : amat-amati, selidik-selidiki, bayang-bayangi;

kata adjektif :
ber-…-an         : bersalam-salaman, berkasih-kasihan, bertikam-tikaman;
men-…-an       : mendewa-dewakan, memburuk-burukkan, meninggi-ninggikan;
men-…-i          : mengawas-awasi, mengulang-ulangi, membohong-bohongi;
di-…-an            : diagung-agungkan, dimanja-manjakan, ditonjol-tonjolkan;
di-…-i               : dibayang-bayangi, dimarah-marahi, dihalus-halusi;

kata adjektif:
ke-…-an           : kebodoh-bodohan, kekuning-kuningan, kebarat-baratan;


2.3 Penggandaan berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(i)                  Penggandaan berentak pengulangan vocal.
(ii)                Penggandaan berentak pengulangan konsonan.
(iii)               Penggandaan berentak bebas.



2.3.1 Penggandaan berentak pengulangan vokal
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya:
(a)    kata nama
kuih-muih, lauk-pauk, sayur-mayur;
(b)   kata kerja
cerai-berai, gotong-royong;
(c)    kata adjektif
hiruk-pikuk;

2.3.2 Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai cirri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya:
(a)    kata nama
batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat;
(b)   kata kerja
dolak-dalik, huyung-hayang,mundar-mandir;
(c)    kata adjektif
huru-hara, kontang-kanting, kucar-kacir;



2.3.3 Penggandaan berentak bebas
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:
(a)    kata nama
anak-pinak, saudara-mara;
(b)   kata kerja
ulang-alik;
(c)    kata adjektif
lintang-pukang, remeh-temeh, simpang-siur.
      

No comments:

Post a Comment