Wednesday, February 23, 2011

Kesalahan dan Pembetulan Penggunaan Kata Ganda

Kesalahan dan Pembetulan Penggunaan Kata Ganda

1.     
        
              
(a)
Semua murid-murid sedang berhimpun di padang.(salah)
(b)    
Semua murid sedang berhimpun di padang. (betul) 
Penjelasan :  Jika kata bilangan seperti semua, beberapa, banyak, dan sebagainya digunakan, kata selepasnya tidak perlu digandakan kerana kata bilangan tersebut sudah membawa maksud jamak.  
2.
(a)
Anak-anak Mak Yam sudah besar-besar belaka. (salah)
(b)
Anak Mak Yam sudah besar-besar belaka.  (betul
Penjelasan :  Oleh sebab kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif sudah membawa maksud jamak, kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak perlu digandakan.  
3.
(a)
Taman itu dipenuhi pepohon-pepohon rendang. (salah)
(b)
Taman itu dipenuhi pepohon rendang. (betul)
 
Penjelasan :  Kata ganda separa yang membawa maksud jamak seperti pepohon dan dedaun tidak boleh digandakan .

4.
(a)
Asmadi memanggil-manggil nama adiknya berkali-kali. (salah)
(b)
Asmadi memanggil-manggil nama adiknya. (betul)
 
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan memanggil-manggil sudah membawa maksud berulang-ulang. Oleh itu, kata berkali-kali tidak perlu lagi digunakan.  
5.
(a)
Berbagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)
(b)
Berbagai-bagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)
 
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan yang menyatakan makna bilangan tidak tentu tidak boleh disingkatkan.  
6.
(a)
Sebagai jiran tetangga, kita perlulah saling tolong-menolong. (salah)
(b)
Sebagai jiran tetangga, kita perlulah tolong-menolong. (betul)
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan tolong-menolong sudah membawa maksud ‘saling’. Oleh yang demikian kata saling  tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut..  
7.
(a)
Jalan itu sangat licin-licau apabila dibasahi hujan. (salah)
(b)
Jalan licin-licau apabila dibasahi hujan. (betul)
Penjelasan : Kata ganda bersajak licin-licau sudah membawa maksud ‘sangat’. Oleh itu, kata penguat seperti sangat atau sungguh tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut.

Friday, February 18, 2011

PENGGANDAAN KATA NAMA-


2. Bentuk kata ganda
Proses penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa..kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu;
(i)                  Penggandaan penuh.
(ii)                Penggandaan separa.
(iii)               Penggandaan  berentak.
2.1 Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Perhatikan contoh-contoh berikut:
(i)                  Penggandaan penuh kata tunggal:
meja-meja
ayat-ayat
buku-buku
tadika-tadika
rumah-rumah
budak-budak
sekolah-sekolah
cerpen-cerpen

(ii)                Penggandaan penuh kata berimbuhan
(a)    dengan awalan:
pemimpin-pemimpin
pembesar-pembesar
pelatih-pelatih
kekasih-kekasih
ketua-ktua
pekedai-pekedai

(b)   dengan akhiran:
amalan-amalan
dapatan-dapatan
jualan-jualan
ajaran-ajaran

(c)    Dengan apitan:
persatuan-persatuan
kementerian-kementerian
permainan-permainan
pertandingan-pertandingan


2.2 Penggandaan separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contohnya:
(i)                  Penggandaan separa kata tunggal:
lelaki
pepohon
gegelang
tetikus
sesiku

(ii)                Penggandaan separa kata imbuhan
(a)    dengan awalan

kata kerja:
ber-       : berlari-lari, berkata-kata,berbisik-bisik;
ter-        : tersenyum-senyum, teresak-esak, tercengang-cengang;
di-          : ditanya-tanya, dirisik-risik, dimarah-marah;
men       :  - mencari-cari, meronta-ronta, merayu-rayu;
              - cari-mencari, bantu-membantu, tolong-menolong;
                              kata adjektif:
                              se-         : sepandai-pandai, sebaik-sebaik, setinggi-tinggi;
(b)   dengan akhiran
kata nama:
-an            : sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan;

kata kerja:
-kan          : risik-risikkan, doakan-doakan, tanya-tanyakan;
-i            : amat-amati, selidik-selidiki, bayang-bayangi;

kata adjektif :
ber-…-an         : bersalam-salaman, berkasih-kasihan, bertikam-tikaman;
men-…-an       : mendewa-dewakan, memburuk-burukkan, meninggi-ninggikan;
men-…-i          : mengawas-awasi, mengulang-ulangi, membohong-bohongi;
di-…-an            : diagung-agungkan, dimanja-manjakan, ditonjol-tonjolkan;
di-…-i               : dibayang-bayangi, dimarah-marahi, dihalus-halusi;

kata adjektif:
ke-…-an           : kebodoh-bodohan, kekuning-kuningan, kebarat-baratan;


2.3 Penggandaan berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(i)                  Penggandaan berentak pengulangan vocal.
(ii)                Penggandaan berentak pengulangan konsonan.
(iii)               Penggandaan berentak bebas.



2.3.1 Penggandaan berentak pengulangan vokal
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya:
(a)    kata nama
kuih-muih, lauk-pauk, sayur-mayur;
(b)   kata kerja
cerai-berai, gotong-royong;
(c)    kata adjektif
hiruk-pikuk;

2.3.2 Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai cirri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya:
(a)    kata nama
batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat;
(b)   kata kerja
dolak-dalik, huyung-hayang,mundar-mandir;
(c)    kata adjektif
huru-hara, kontang-kanting, kucar-kacir;



2.3.3 Penggandaan berentak bebas
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:
(a)    kata nama
anak-pinak, saudara-mara;
(b)   kata kerja
ulang-alik;
(c)    kata adjektif
lintang-pukang, remeh-temeh, simpang-siur.
      

Friday, February 11, 2011

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP


-Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:

  universiti islam ANTARABANGSA malaysia


 
 
      bank icb BUMIPUTERA




      JAWATANKUASA kemajuan dan keselamatan kampung


  jadual bayaran gaji KAKITANGAN awam tahun 2010


  sukan OLAHRAGA tahunan sekolah
 
 
 
     pemandangan sewaktu MATAHARI terbenam
 
 

                                                          SETIAUSAHA pejabat
                                  
 
                                                      contoh : TANDATANGAN
 
 
                                                        PESURUHJAYA sumpah


-kata-kata ini telah menjadi satu bentuk yang mantap di mana setiap pengejaannya haruslah diambil berat dan tidak disalah ertikan maksudnya.